Sabtu, 15 Ogos 2015

Tips Menghias Bilik Sewa Bujang

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Menghias Bilik Sewa Bujang
Link : Tips Menghias Bilik Sewa Bujang

Baca juga


Bilik tidur merupakan ruang peribadi untuk anda merehatkan diri dan bersantai. Hidup bujang dengan menyewa bilik sewa sempit bukanlah alasan untuk anda membiarkannya kelihatan suram dan membosankan. Sebaliknya hiaslah bilik mengikut citarasa anda. 

Tips Menghias Bilik Sewa Bujang
Tips Menghias Bilik Sewa Bujang - Sumber gambar flaremax.com
Anda masih boleh menghias ruang peribadi jika kena dengan caranya. Beberapa tips menghias bilik sewa bujang yang sempit adalah seperti berikut:

Hias bilik dengan perabot dwifungsi

Pilih perabot yang menjimatkan ruang dan wang anda. Misalnya sofa dwifungsi sesuai untuk bilik tidur bujang yang sempit. Sofa ini boleh menjadi kerusi untuk duduk bersantai pada waktu siang dan katil untuk tidur pada waktu malam. 


Hias bilik dengan perabot dengan ruang penyimpanan

Beli perabot yang mempunyai ruang penyimpanan seperti laci di bahagian bawah atau atasnya. Ruang ini boleh gunakan untuk menyimpan dokumen dan barangan kurang mustahak. Anda tidak perlu lagi membeli meja berlaci. 


Hias bilik dengan perabot pasang siap

Pilih perabot pasang siap seperti rak buku atau meja komputer yang mudah dibuka dan disimpan jika terpaksa berpindah segera. Anda juga boleh membeli kotak pasang siap yang beraneka warna yang sesuai untuk menyimpan barang dan menjadi hiasan. 


Hias bilik degan hiasan dinding yang ringkas

Bagi menghias ruang dinding yang kosong, penggunaan kertas dinding adalah kurang praktikal. Sebaliknya hiaskan dinding bilik anda dengan menggantungkan poster atau lukisan yang ringkas. 


Hias bilik dengan pemilihan warna cerah

Pilih warna cerah yang sejuk dan semulajadi bagi menampakkan ruang bilik lebih luas. Elakkan menggunakan warna gelap yang akan membuatkan ruang bilik menjadi semakin sempit dan melemaskan. 


Oleh itu, jangan jadikan alasan bilik sempit atau kurang modal untuk anda tidak menghiasnya mengikut citarasa. Yang penting adalah cara anda memilih barang dan susun atur yang sesuai, bukannya terletak pada harga murah atau mahal.

Isnin, 10 Ogos 2015

Kesilapan Mendidik Anak Kecil

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kesilapan Mendidik Anak Kecil
Link : Kesilapan Mendidik Anak Kecil

Baca juga


Pendidikan awal terhadap anak-anak kecil bermula sejak dari rumah oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun terdapat segelintir ibu bapa yang tersilap mendidik anak mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Kesilapan Mendidik Anak Kecil
Kesilapan Mendidik Anak Kecil - Sumber gambar sponsell.com
Beberapa kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak mereka adalah seperti berikut:

Salah kasih sayang anak

Terdapat ibu bapa yang memberikan kasih sayang kepada anak mereka melalui material. Tanpa disedari anak-anak sebenarnya memerlukan kasih sayang dari segi belaian, perhatian dan masa bersama ibu bapa. 


Membiarkan anak memberontak

Jangan memenuhi segala keinginan anak hanya kerana tidak mahu mereka menangis atau memberontak. Bertegaslah dan terangkan kepada anak mengapa tidak boleh agar anak memahaminya. 


Terlebih layan anak

Jangan terlebih layan anak, sebaliknya berikan peluang kepada anak untuk berdikari melakukan perkara mudah seperti memakai kasut atau mengambil buku di rak. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka melakukan sesuatu kerja. 


Terlebih memberi anak hadiah

Jika sesekali memberikan hadiah kepada anak sebagai dorongan kerana mereka melakukan kebaikan adalah tidak salah. Namun jangan terlalu berlebihan memberi hadiah. Sesekali hargai juga mereka dengan cara lain seperti kata-kata pujian.


Mengabaikan disiplin anak

Disiplin harus diterapkan sejak anak masih kecil. Sebagai ibu bapa tunjukkan contoh disiplin yang baik kepada anak. Misalnya setelah bangun tidur perlu kemaskan katil, menggosok gigi dan mandi. 


Suka membandingkan anak

Terdapat segelintir ibu bapa suka membandingkan anak mereka dengan adik-beradiknya yang lain. Ketahuilah bahawa sebenarnya setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. 


Membiarkan anak terlalu bebas

Tidak salah membiarkan anak kecil bebas bermain dan meneroka kerana ianya baik untuk perkembangan otak. Namun anda harus mengawasi pergerakan mereka jika berada di tempat asing seperti membawa mereka keluar membeli belah. 


Oleh itu, masih belum terlewat untuk setiap ibu bapa memperbaiki kesilapan mendidik anak. Sebelum mendidik anak, seharusnya ibu bapa juga memperbaiki diri mereka. Jangan jadi seperti perumpamaan ‘seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus’.