Khamis, 26 Februari 2015

Makanan Ketika Sedang Tertekan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Makanan Ketika Sedang Tertekan
Link : Makanan Ketika Sedang Tertekan

Baca juga


Terdapat segelintir individu menjadikan makanan sebagai terapi ketika mereka sedang tertekan. Jika tidak dikawal pasti akan menyebabkan berat badan naik. Perkongsian makanan ketika sedang tertekan ini pasti dapat mengurangkan tekanan anda. 

Makanan Ketika Sedang Tertekan
Makanan Ketika Sedang Tertekan - Sumber gambar thefitcook.net
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips makan ketika sedang tertekan. Beberapa jenis makanan ketika sedang tertekan adalah seperti berikut:

Coklat hitam dan badam kurangkan tekanan

Makan coklat hitam bersama dengan kacang badam. Coklat hitam bermanfaat untuk mengurangkan tekanan manakala kacang badam mengandungi protein. 


Yogurt dan strawberi kurangkan tekanan

Campurkan yogurt dengan strawberi dan sedia untuk dimakan. Yogurt kaya dengan protein yang mewujudkan hormon anti tekanan. Strawberi memberi rasa manis serta mencetus sistem imuniti tubuh.


Teh hijau kurangkan tekanan

Teh hijau sesuai diminum ketika sedang tertekan kerana ia dapat membantu anda kekal fokus untuk bertenang.


Pelbagai kekacang kurangkan tekanan

Ketika sedang tertekan makanlah pelbagai jenis kacang yang anda gemari seperti badam, gajus, pistacio, walnut, dan kuaci. Kandungan omega 3 di dalam pelbagai jenis kacang ini dapat mengurangkan tekanan. Perbanyakkan juga memakan kismis. 


Smoothies kurangkan tekanan

Kisar susu skim bersama buah-buahan kegemaran anda. Tambahkan sedikit serbuk coklat atau vanila. Pasti ianya sedap dan menenangkan ketika dinikmati. 


Oleh itu, tidak salah untuk makan ketika sedang tertekan, namun anda harus memilih yang berkhasiat dan dan dapat menenangkan. Anda juga boleh membaca petua atasi lapar pada waktu malam di dalam artikel yang lalu. 

Rabu, 25 Februari 2015

Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam
Link : Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam

Baca juga


Menahan rasa lapar pada waktu malam mungkin akan membuatkan anda berasa tertekan. Perlukah anda terus bertahan atau melayan sahaja kehendak perut? Kali ini akan dikongsikan mengenai petua atasi lapar pada waktu malam

Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam
Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam - Sumber gambar breakingmuscle.com
Sebelum ini dikongsikan berkenaan tips makan malam sihat di dalam artikel yang lalu. Sebaiknya usah dibiarkan rasa lapar mengganggu tidur anda. Beberapa petua atasi lapar pada waktu malam adalah seperti berikut:

Pilih makanan sesuai jika lapar pada waktu malam

Jika terpaksa makan, pilih makanan sihat seperti sup sayur dan buah-buahan. Seeloknya elakkan mengambil makanan segera seperti mi segera. Boleh juga membaca jenis makanan malam untuk diet


Minum air putih untuk atasi lapar pada waktu malam

Minum segelas air putih terlebih dahulu sebelum anda mula makan. Pasti perut akan berasa cepat kenyang dan ini akan mengelakkan anda makan berlebihan. Boleh juga membaca petua sihat dengan air putih


Jika terpaksa makan nasi pada waktu malam

Makan buah terlebih dahulu jika terpaksa makan nasi. Kemudian penuhkan tiga perempat pinggan anda dengan sayur-sayuran dan hanya tambah seperempat nasi dan lauk. Buah dan sayur pasti akan membuatkan anda cepat kenyang. 


Sebaiknya ambil makanan untuk makan malam sebelum jam 8.00 malam atau dua jam sebelum tidur. Ingatlah bahawa makan malam hanya untuk mengalas perut. Diharapkan perkongsian petua atasi lapar pada waktu malam ini bermanfaat untuk anda.