Selasa, 30 Jun 2015

Khasiat Buah-buahan Kering

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Buah-buahan Kering
Link : Khasiat Buah-buahan Kering

Baca juga


Jun 2015

Buah-buahan kering boleh dimakan mentah atau dicampur dalam makanan seperti oat, biskut, kek dan pelbagai lagi. Selain daripada rasanya yang sedap, kandungan nutrien di dalamnya juga bermanfaat untuk kesihatan anda. 

Khasiat Buah-buahan Kering
Khasiat Buah-buahan Kering - Sumber gambar victorianuts.com
Beberapa khasiat buah-buahan kering berdasarkan kepada jenis buah adalah seperti berikut: 

Buah aprikot kering

Aprikot mengandungi potasium, serat, zat besi dan beta karotene. 


Buah ceri kering

Vitamin A dan potasium terdapat dalam buah ceri. 


Buah prun kering

Buah prun kaya dengan potasium, serat dan antioksida. 


Buah kurma kering

Kurma mengandungi serat, besi, potasium dan karbohidrat yang mampu membekalkan tenaga.


Buah anggur kering (kismis)

Zat besi dan serat di dalam kismis baik untuk sistem penghadaman dan mengurangkan kolesterol. 


Buah tin kering

Kandungan serat, besi, kalsium, potasium, vitamin E dan vitamin B6 membantu menyingkirkan kolesterol dari tubuh anda. 


Oleh itu, kandungan pelbagai nutrien di dalam buah-buahan kering baik untuk memberikan zat penting kepada tubuh anda. Buah-buahan kering juga sesuai dijadikan sebagai snek sihat bagi anda yang sedang berdiet.

Isnin, 29 Jun 2015

Menolak Tawaran Kerja

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Menolak Tawaran Kerja
Link : Menolak Tawaran Kerja

Baca juga


Jun 2015

Setelah memohon kerja dan berjaya temuduga, pasti anda akan menerima tawaran daripada beberapa syarikat atau agensi yang berminat untuk mengambil anda bekerja. Pada masa ini anda harus memilih hanya satu kerja yang benar-benar sesuai. 

Menolak Tawaran Kerja
Menolak Tawaran Kerja - Sumber gambar usatoday.com
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai tips semasa temuduga dan contoh soalan dan jawapan temuduga. Apabila anda memutuskan untuk menolak tawaran kerja, seharusnya anda memaklumkan kepada pihak syarikat atau agensi yang berkenaan. 

Anda boleh memaklumkan kepada pihak syarikat atau agensi dengan cara menulis surat kepada mereka. Jangan berlengah untuk menulis surat setelah anda membuat keputusan untuk menolak tawaran kerja

Surat yang ditulis perlulah sopan, ringkas dan tepat. Seeloknya jangan nyatakan dengan khusus sebab anda menolak tawaran kerja. Elakkan juga memberikan alasan negatif seperti persekitaran kerja yang teruk atau gaji yang ditawarkan terlalu rendah. 

Surat menolak tawaran kerja yang ditulis perlulah merangkumi perkara seperti berikut:
  • Alamatkan surat kepada syarikat atau agensi yang menawarkan kerja kepada anda.
  • Maklumat diri anda seperti nombor telefon atau e-mel yang boleh dihubungi. 
  • Ucapkan terima kasih kerana telah menawarkan jawatan berkenaan kepada anda. 
  • Nyatakan secara tepat alasan anda menolak tawaran kerja. Elakkan memberikan alasan yang memburukkan majikan atau syarikat. Berikan alasan seperti telah menerima tawaran kerja lain atau anda memutuskan untuk terus bekerja di syarikat lama.

Oleh itu, pastikan surat menolak tawaran kerja yang ditulis menggunakan tulisan yang jelas dan tiada kesalahan tatabahasa. Ini menunjukkan diri anda seorang yang profesional walaupun anda telah menolak kerja yang ditawarkan. Di dalam artikel yang akan datang akan dikongsikan contoh surat menolak tawaran kerja.

Khamis, 25 Jun 2015

Tips Kurus dengan Kos Murah

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Kurus dengan Kos Murah
Link : Tips Kurus dengan Kos Murah

Baca juga


Jun 2015

Untuk kurus tidak semestinya memerlukan kos yang mahal. Anda juga tidak semestinya perlu membayar untuk ke kelas senaman di gymnasium atau membeli pelbagai makanan tambahan yang mahal. 

Tips Kurus dengan Kos Murah
Tips Kurus dengan Kos Murah - Sumber gambar allaboutvision.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips mengawal selera makanan di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips untuk kurus dengan kos yang murah adalah seperti berikut:

Kurus dengan lakukan senaman di rumah

Anda tidak perlu ke gymnasium berbayar untuk kurus. Lakukan sendiri senaman seperti aerobik atau tarian Zumba di rumah dengan kos yang murah. Anda boleh mendapatkan rakaman dari sumber seperti youtube. 


Jika anda suka melakukan kerja rumah, inilah peluang yang harus digunakan untuk menjadi kurus. Jadikan kerja rumah seperti menyapu, mengelap dan membasuh sebagai satu senaman yang menyihatkan. 


Kurus dengan kemudahan sedia ada

Tidak perlu membeli alat senaman yang mahal. Sebaliknya gunakan kemudahan sedia ada di sekeliling rumah anda untuk kurus. Jika rumah anda ada tangga, gunakan ia untuk senaman naik turun tangga. 


Bagi anda yang memiliki basikal di rumah, rajinkan diri untuk mengayuh basikal di luar kawasan rumah. Selain daripada menyedut udara yang segar, anda juga dapat membakar kalori untuk kurus. 


Kurus dengan makanan kesihatan semulajadi

Makanan kesihatan yang siap diproses selalunya harga mahal. Apa kata anda memilih makanan kesihatan berasaskan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang semestinya lebih murah dan mudah didapati. 


Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk anda yang ingin kurus. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa berasa ragu kerana kandungan kalorinya juga rendah. 


Kurus dengan amalkan petua tradisional

Tanyakan kepada orang tua yang anda kenali mengenai petua tradisional yang mereka amalkan untuk menguruskan badan atau mengekalkan bentuk badan. Tentu banyak rahsia yang boleh anda dapat dari mereka. 


Selain daripada menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati, ianya juga tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. Petua tradisional juga selalunya tidak memerlukan kos yang tinggi. 


Oleh itu, banyak cara untuk kurus tanpa menggunakan kos yang mahal dan ada di antaranya telah pun anda amalkan dalam kehidupan seharian. Paling penting adalah keazaman dan usaha yang berterusan untuk kurus. 

Sabtu, 20 Jun 2015

Petua Tradisional untuk Wanita Hamil

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Tradisional untuk Wanita Hamil
Link : Petua Tradisional untuk Wanita Hamil

Baca juga


Jun 2015

Petua tradisional untuk wanita hamil telah pun diamalkan turun temurun sejak generasi terdahulu lagi. Selain bahan untuk petua tradisional mudah didapati, ianya juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Petua Tradisional untuk Wanita Hamil
Petua Tradisional untuk Wanita Hamil - Sumber gambar alyaoum24.com

Beberapa petua yang ringkas dan mudah untuk wanita hamil adalah seperti berikut:

Menghilangkan loya wanita hamil

Bersihkan segenggam daun kari dan kisar bersama sedikit air masak menjadi jus. Campurkan jus daun kari ini dengan sedikit perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Kacau sebati dan minum setiap pagi.


Mengatasi kulit merekah wanita hamil

Sesetengah wanita hamil akan mengalami kulit merekah di bahagian perut dan peha. Atasinya dengan cara menyapukan minyak zaitun di bahagian perut dan peha selepas mandi dan sebelum tidur.


Masalah sembelit wanita hamil

Sekiranya wanita hamil mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar, amalkan makan sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air pada setiap hari.


Mudah bersalin wanita hamil

Amalkan minum satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sebanyak tiga kali seminggu ketika kandungan berusia enam bulan. Setelah kandungan mencecah sembilan bulan, amalkan minum satu sudu teh minyak kelapa setiap hari.


Kulit bayi cerah untuk wanita hamil

Wanita hamil harus banyakkan makan sayur-sayuran bewarna hijau seperti bayam dan sawi jika ingin bayi yang lahir berkulit cerah. Pelbagaikan masakan sama ada makan mentah sebagai ulam, mencelur atau menumis.


Oleh itu, banyak lagi petua tradisional yang lain khusus untuk wanita hamil. Seeloknya dapatkan nasihat dari doktor jika masalah berterusan. Semoga petua untuk wanita hamil yang ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh anda.

Jumaat, 19 Jun 2015

Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga
Link : Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga

Baca juga


Jun 2015

Salah satu persediaan untuk menghadapi temuduga adalah dengan menyediakan deraf soalan dan jawapan yang mungkin ditanya oleh penemuduga. Peruntukkan masa untuk berlatih soalan dan jawapan temuduga ini sebelum menghadiri temuduga. 

Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga
Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga - Sumber gambar udos-ubebe.com
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai tips semasa temuduga di dalam artikel yang lalu. Contoh soalan dan jawapan temuduga ini adalah berdasarkan kepada pengalaman temuduga yang pernah saya hadiri. 

Soalan Mengenai Diri Anda

Sila perkenalkan diri anda. 

Ceritakan mengenai diri anda iaitu nama, kelulusan (SPM, Diploma, Ijazah) dan pengalaman kerja dahulu (termasuk skop kerja). Nyatakan tujuan anda menghadiri temuduga pada hari berkenaan adalah bagi menambah pengalaman dan untuk menyumbang tenaga kepada pihak syarikat. Ucapkan terima kasih kerana telah memberikan peluang untuk ditemuduga.


Mengapa kami perlu memilih anda bekerja di syarikat kami?

Nyatakan kekuatan dan kelebihan yang anda miliki berkaitan dengan bidang kerja yang dipohon. Contoh: berdisiplin, bertanggungjawab, berhemah tinggi, sukakan cabaran dan sedia belajar sesuatu yang baru, mampu bekerja di dalam pasukan, bermotivasi tinggi dan mampu bekerja di bawah tekanan, bijak menguruskan masa. Kaitkan pengalaman kerja yang lepas dengan jawatan dipohon (jika berkaitan).


Apa yang anda akan sumbangkan sekiranya anda dipilih untuk jawatan ini? 

Nyatakan sekiranya dipilih untuk jawatan berkenaan, pasti anda berusaha menjadi seorang kakitangan yang jujur dan produktif di dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Nyatakan juga, “Saya adalah antara ribuan graduan di luar sana yang mengharapkan dapat berkhidmat di syarikat tuan. Saya sedar saya bukanlah yang terbaik, namun jika tuan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat, tentu saya akan menggunakan peluang ini untuk memperbaiki diri saya dan belajar untuk menjadi yang terbaik. Saya percaya tiada seorang pun manusia di dunia ini menjadi yang terbaik tanpa berusaha dan terus belajar”. 


Sila ceritakan penglibatan anda di dalam sukan dan persatuan?

Ceritakan mengenai sukan dan persatuan yang pernah anda sertai. Jika anda pernah memenangi pertandingan di dalam sukan yang disertai, terangkan secara ringkas mengenai pancapaian anda. 


Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangkamasa pendek dan panjang?

Nyatakan matlamat anda bagi kerja yang dipohon. Contoh jawapan: "Matlamat jangka pendek adalah saya berharap agar mendapat pekerjaan tetap bagi menjamin kehidupan saya dan keluarga di masa hadapan. Saya amat berharap terpilih untuk menjawat jawatan ini. Matlamat jangka panjang adalah saya ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Saya akan terus memperbaiki kualiti kerja saya dengan cara menambahkan ilmu iaitu melalui menghadiri seminar, bengkel dan kursus. Saya juga berazam untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya saya sehingga ke peringkat tertinggi". 


Apakah kelemahan diri anda?

Jawapan bagi soalan ini harus diolah menjadi positif. Contoh jawapan: "Kelemahan diri saya adalah saya terlalu menumpukan kepada kerja yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya akan memastikan kerja disiapkan sebelum pulang ke rumah sehingga saya sanggup pulang lewat ke rumah". 


Ceritakan cara kerja anda?

Terangkan mengenai cara kerja anda secara teratur. Contoh jawapan: "Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh memberi tumpuan kepada kerja yang seterusnya. Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti. Saya juga sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisyen".


Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Jawapan untuk soalan ini mesti positif. Contoh jawapan: "Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya walaupun saya sedang tertekan. Tekanan boleh menjadi motivasi kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya akan berusaha melakukan tugasan dengan lebih baik. Di samping itu juga, saya berdoa agar diberikan kekuatan oleh Allah di dalam menghadapi tekanan kerja". 


Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

Jawab secara positif. Contoh jawapan: "Saya melatih diri saya untuk menyiapkan kerja tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik. Ianya akan memberikan kepuasan kepada diri saya". 


Sekiranya anda ditugaskan bekerja di kawasan pedalaman, apa reaksi anda?

Nyatakan bahawa anda sanggup untuk bertugas di mana sahaja termasuklah di kawasan pedalaman.


Apakah kebolehan lain anda?

Sediakan jawapan selain daripada yang ditulis dalam resume anda. Contohnya anda mahir membaiki komputer. 


Soalan Mengenai Jawatan Dipohon

Apakah misi, visi dan objektif syarikat?

Jawapan berkenaan misi, visi dan objektif boleh didapati dari laman web syarikat. 


Berapakah gaji yang ditawarkan?

Dapatkan maklumat mengenai gaji melalui laman laman web syarikat atau pekerja yang sedang berkhidmat di syarikat berkenaan. 


Nyatakan apa yang anda faham mengenai fungsi dan peranan syarikat ini?

Dapatkan maklumat mengenai fungsi dan peranan syarikat (dalam laman web syarikat).


Apakah tugas-tugas yang akan dibuat?

Nyatakan deskripsi tugas anda (dapatkan maklumat ini dalam laman web syarikat). 


Kenapa anda memohon jawatan ini?

Nyatakan bahawa anda berminat untuk membina kerjaya di syarikat berkenaan. Nyatakan juga anda ingin menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran sediaada serta memberi peluang kepada perkembangan profesional dan potensi diri anda. Kaitkan pengalaman kerja yang lepas dengan jawatan dipohon (jika berkaitan).


Soalan Meminta Pendapat

Apa pandangan anda jika dikatakan seorang pekerja berkualiti adalah mereka yang beriman berpandukan ajaran agama?

Contoh jawapan : "Pada pandangan saya, jika kita berpegang teguh kepada ajaran agama serta melaksanakannya, pasti wujud sifat jujur, ikhlas dan amanah di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sekaligus akan menghasilkan pekerja yang berkualiti". 


Apakah cadangan penambahbaikan untuk syarikat ini?

Contoh jawapan: "Setiap kakitangan seharusnya menambahbaik sistem penyampaian kepada pelanggan supaya lebih cekap dan telus mengikut SOP yang ditetapkan. Syarikat juga perlu menyediakan kemudahan untuk promosi dan pesanan produk secara online bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan syarikat. Selain itu, setiap kakitangan perlu diterapkan budaya kerja berprestasi tinggi yang melibatkan perubahan budaya kerja, cara berfikir dan cara bertindak bagi memastikan syarikat berkembang maju". 


Jika anda diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, apakah tindakan anda untuk menyiapkan tugasan itu?

Contoh jawapan: "Jika saya diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, saya akan berbincang dengan rakan sekerja yang mempunyai pengalaman berkenaan tugasan itu. Saya percaya bahawa setiap tugasan yang diberi pasti ada penyelesaiannya. Melalui cara berbincang pasti mendapat idea untuk menyiapkan tugasan berkenaan".


Jika anda diberikan dua tugasan dalam satu masa dan kedua-duanya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang singkat, jelaskan cara atau tindakan yang diambil oleh anda?

Contoh jawapan: "Saya akan menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut keutamaan. Keutamaan saya adalah terhadap tugasan yang lebih penting dan paling hampir tarikh akhirnya". 


Apakah kepentingan integriti terhadap sesuatu pekerjaan? 

Contoh jawapan: "Integriti memastikan setiap tindakan dan perbuatan kita berpandukan kebenaran dan kejujuran selaras dengan ajaran agama dan undang-undang. Integriti juga dapat menghindarkan diri kita dari pecah amanah atau rasuah". 


Diharapkan perkongsian mengenai contoh soalan dan jawapan temuduga ini bermanfaat kepada anda. Selain itu, pastikan anda membuat persediaan mengenai soalan berkaitan pengetahuan umum dan isu semasa. Anda juga boleh mengikuti forum dan berbincang dengan individu yang memiliki pengalaman ditemuduga bagi jawatan yang dipohon.

Isnin, 15 Jun 2015

Tips Penjagaan Permaidani

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Penjagaan Permaidani
Link : Tips Penjagaan Permaidani

Baca juga


Jun 2015

Penjagaan permaidani adalah perlu bagi memastikan kualiti permaidani sentiasa terpelihara dan permukaan permaidani bebas dari kuman atau habuk yang menyebabkan penyakit seperti alergi dan sebagainya. 

Tips Penjagaan Permaidani
Tips Penjagaan Permaidani - Sumber gambar migueldesantiago.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips pemilihan permaidani di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips asas penjagaan permaidani adalah seperti berikut:

Mengelakkan permaidani berhabuk

Tutup permukaan atas permaidani dengan kain bersih atau gulungkan terus permaidani jika anda hendak meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana permukaan permaidani mudah memerangkap habuk. 


Membersihkan permukaan permaidani

Gunakan penyedut hampagas atau vakum untuk membuang habuk dan kotoran di permukaan permaidani. Jika kotoran degil, sebaiknya hantar ke dobi untuk membersihkannya menggunakan sabun khas.


Mengelakkan kuman di permaidani 

Jemurkan permaidani di bawah cahaya matahari terik selama beberapa jam setiap sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mencegah pembiakan hama dan kuman pada bulu di permukaan permaidani. 


Merapikan permaidani

Jika terdapat benang atau bulu permaidani tercabut, gunakan gunting yang tajam bagi membuangnya. Elakkan menarik menggunakan jari anda kerana mungkin keseluruhan bulu permaidani akan terus tertanggal. 


Menyimpan permaidani 

Jika permaidani tidak digunakan, bersihkan dan keringkannya sebelum digulung. Kemudian tutup pada bahagian hujung gulungan permaidani bagi mengelakkannya dimasuki habuk atau serangga. Balut keseluruhan permaidani dengan plastik sebelum disimpan ditempat gelap serta pengudaraan baik. 


Oleh itu, penjagaan yang betul juga adalah perlu bagi memastikan kualiti permaidani terpelihara. Bagi anda yang memiliki anak kecil juga perlu memastikan permaidani tempat anak anda bermain sentiasa bersih.

Khamis, 11 Jun 2015

Tips Semasa Temuduga

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Semasa Temuduga
Link : Tips Semasa Temuduga

Baca juga


Jun 2015

Temuduga adalah langkah permulaan sebelum anda memasuki alam pekerjaan. Ramai calon yang memiliki kelulusan dan kelayakan yang dikehendaki, namun mereka gagal untuk meyakinkan penemuduga untuk mengambil mereka bekerja. 

Tips Semasa Temuduga
Tips Semasa Temuduga - Sumber gambar firstpost.com
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai persediaan menghadapi temuduga di dalam artikel yang lalu. Pada kali ini akan dibincangkan mengenai tips semasa temuduga seperti berikut:

Masuk ke bilik temuduga

Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu. Terus masuk dan beri salam atau ucap selamat (jangan menjenguk masuk dan keluar kepala anda kerana ini menunjukkan anda seorang yang kurang berkeyakinan diri). 


Duduk di bilik temuduga

Jangan duduk selagi tidak dijemput duduk . Ucapkan terima kasih jika diminta duduk. Duduk dengan badan yang tegak dan selesa di atas kerusi dengan kedua kaki di lantai dan tangan di atas paha (elakkan menyilang atau menggoyang kaki). 


Menjawab soalan temuduga

Berikan perhatian dengan mendengar dan memahami soalan yang diajukan. Berfikir dahulu selama beberapa saat sebelum menjawab dengan tenang. Kaitkan jawapan dengan pengetahuan dan pengalaman anda. Jangan abaikan ‘eye contact’ dengan penemu duga ketika menjawab soalan. 


Jangan lakukan semasa temuduga

  • Jangan mengunyah sesuatu di dalam mulut ketika sedang ditemuduga.
  • Jangan menghina atau mencela bekas majikan anda.
  • Jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap.
  • Jangan berbalah dengan penemuduga walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapatnya. 
  • Jangan berbohong jika anda tidak tahu jawapan yang disoal. 
  • Jangan berbincang masalah peribadi anda dengan penemuduga. 


Menamatkan temuduga 

Biarkan penemuduga menamatkan sesi temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana telah memberikan peluang kepada anda untuk ditemuduga. 


Oleh itu, diharapkan artikel mengenai tips semasa temuduga ini berguna kepada anda yang akan menghadapi temuduga. Seterusnya di dalam artikel yang akan datang saya akan kongsikan mengenai contoh soalan dan jawapan temuduga.

Rabu, 10 Jun 2015

Tips Mengawal Selera Makan

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mengawal Selera Makan
Link : Tips Mengawal Selera Makan

Baca juga


Jun 2015

Selera makan seseorang didorong oleh pelbagai faktor seperti tekanan perasaan, cuaca terlalu sejuk atau kesibukan kerja. Seharusnya langkah awal diambil bagi mengawal selera makan sebelum ianya memudaratkan diri anda.

Tips Mengawal Selera Makan
Tips Mengawal Selera Makan - Sumber gambar innerengineering.com
Sebelum ini dikongsikan punca berat badan bertambah di tempat kerja di dalam artikel yang lalu. Makan dalam kuantiti yang tidak terkawal pasti mengundang padah kepada anda. Beberapa tips penting bagi mengawal selera makan adalah seperti berikut:

Kawal selera makan dengan makan ikut jadual

Perut anda seperti sebuah jam loceng. Apabila tiba waktu makan, ia akan minta untuk diisi dengan makanan. Biasakan diri anda untuk makan mengikut jadual yang tetap sekurang-kurangnya setiap empat jam sekali. 


Kecenderungan makan lebih banyak ketika perut terlalu lapar. Jika terlalu sibuk, cukup sekadar makan dua keping roti gandum atau secawan oat atau dua biji pisang. Ini dapat menstabilkan gula dalam badan sekaligus mengawal selera makan anda. 


Kawal selera makan dengan minum air mencukupi

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air putih setiap hari. Air yang mencukupi dalam badan adalah penting bagi membuatkan perut berasa kenyang dan sekaligus mengawal selera makan anda. 


Namun elakkan minum minuman bekarbonat kerana ia mengandungi kandungan gula tinggi yang tinggi serta tidak baik untuk kesihatan anda. Air yang mencukupi dalam tubuh juga penting bagi melancarkan sistem pencernaan anda. 


Kawal selera makan dengan tidur mencukupi

Apabila anda tidak cukup tidur, tenaga dalam badan akan semakin berkurangan dan badan akan menjadi lesu serta tidak bermaya. Selera makan akan semakin bertambah apabila badan memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti. 


Tidur yang tidak mencukupi juga menyebabkan hormon dalam badan menjadi tidak stabil dan seterusnya menyebabkan risiko penyakit seperti kemurungan, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi. Tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari. 


Oleh itu, seharusnya anda berusaha untuk mengawal selera makan sebelum badan menjadi gemuk. Sentiasa fokus kepada keinginan untuk kekal sihat dan cantik selalu, pasti anda akan berusaha ke arah itu.

Isnin, 8 Jun 2015

Persediaan Menghadapi Temuduga

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Persediaan Menghadapi Temuduga
Link : Persediaan Menghadapi Temuduga

Baca juga


Jun 2015

Pasti anda berasa gembira di saat menerima surat panggilan temuduga untuk jawatan yang anda impikan. Namun bagi anda yang berasa gemuruh pasti memerlukan persediaan awal sebelum menghadapi temuduga. 

Persediaan Menghadapi Temuduga
Persediaan Menghadapi Temuduga - Sumber gambar sscadda.com
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai panduan asas menulis resume dan surat iringan di dalam artikel yang lalu. Beberapa persediaan awal menghadapi temuduga adalah seperti berikut:

Persediaan maklumat untuk temuduga

Kumpulkan maklumat berkaitan jawatan yang dipohon termasuk profil syarikat, misi, visi, objektif dan skop tugas dengan cara merujuk laman web syarikat, Jabatan Tenaga Kerja atau kaunselor kerjaya. 


Persediaan dokumen untuk temuduga

Susun dokumen asal seperti sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan di dalam fail yang sesuai. Susunan haruslah mengikut yang ditetapkan oleh penemuduga. Sediakan juga salinan dokumen dan resume jika diminta. 


Latihan sebelum hadapi temuduga

Sediakan soalan-soalan yang mungkin disoal untuk sesi temuduga nanti berserta dengan jawapan. Berlatih di hadapan cermin besar untuk menjawab soalan yang mungkin disoal, pastikan ‘eye contact’ ketika memandang cermin. 


Pemilihan pakaian untuk temuduga

Pilih pakaian yang sesuai, kemas dan bersih untuk menghadiri temuduga. Elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan terlalu berwarna-warni. Pakai kasut bertutup bagi menampilkan imej kemas dan profesional. 


Penampilan diri untuk temuduga

Potong kuku dan rambut anda supaya bersih dan kemas. Bagi wanita berambut panjang, ikat rambut dengan kemas. Elakkan memakai aksesori secara berlebihan. Bersolek ringkas dan elakkan memakai minyak wangi berlebihan. 


Tepati masa ketika temuduga

Pandangan pertama adalah penting di dalam penilaian diri seseorang. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga. Pastikan anda menepati masa dan tiba 30 minit lebih awal sebelum sesi temuduga bermula. 


Berdoa untuk hadapi temuduga

Bagi yang beragama Islam, jangan lupa untuk melakukan solat sunat hajat dan berdoa agar diberikan kekuatan dan keyakinan diri bagi menghadapi temuduga. Anda juga boleh bernazar jika mampu tunaikannya. 


Oleh itu, persediaan awal yang dilakukan bagi menghadapi temuduga mungkin dapat mengurangkan rasa gemuruh dalam diri anda. Di dalam artikel yang akan datang saya akan kongsikan mengenai tips semasa temuduga. 

Ahad, 7 Jun 2015

Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan
Link : Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan

Baca juga


Jun 2015

Resume mengandungi maklumat berkenaan latar belakang diri, pendidikan, pekerjaan dan kemahiran seseorang. Resume memudahkan pihak syarikat membuat penilaian awal berdasarkan maklumat yang diberikan. 

Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan
Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan - Sumber gambar therivercitygroup.com
Menulis resume untuk permohonan pekerjaan adalah penting. Beberapa panduan asas di dalam menulis resume adalah seperti berikut:

Maklumat untuk resume

Pastikan maklumat berkenaan diri anda seperti sijil-sijil akademik, sijil ko-kurikulum, salinan kad pengenalan dan sebagainya dikumpulkan. Ini dapat menjimatkan masa anda untuk menulis resume kerana anda tidak perlu lagi mencari maklumat ketika sedang menulis. 


Tatabahasa untuk resume

Tulis dengan ayat ringkas dan mudah difahami. Sekiranya anda tidak mahir menggunakan sesuatu bahasa misalnya Bahasa Inggeris, minta bantuan dari rakan anda yang mahir. Semak ejaan dan tatabahasa supaya tiada kesalahan.


Susunan resume

Tulis resume mengikut urutan isi kandungan yang konsisten dan kemas. Elakkan mencampuradukkan isi kandungan bagi mengelakkan pembaca pening membacanya. Buat resume ringkas dan padat. 


Tulisan untuk resume

Tulis resume menggunakan perisian Microsoft Word. Pilih jenis huruf dan ukuran yang sesuai serta mudah dibaca. Misalnya gunakan tulisan Arial dengan saiz 12. Gunakan kertas berkualiti untuk mencetak resume iaitu A4 dengan berat 80gsm. 


Menyemak resume

Resume yang telah disiapkan haruslah dibaca dan disemak agar ia benar-benar menarik dan berkualiti. Anda boleh meminta bantuan rakan untuk menyemak resume berkenaan. Jangan sesekali memberikan maklumat palsu di dalam resume anda. 


Surat permohonan atau surat iringan untuk resume

Sertakan resume bersama surat permohonan atau surat iringan. Surat iringan perlu ditulis dengan ringkas dan jelas. 


Oleh itu, penulisan resume dan surat iringan haruslah dibuat dengan kemas, ringkas dan padat agar ianya menarik dan mudah dibaca. Gaya penulisan resume dan surat iringan pasti akan melambangkan personaliti diri anda. 

Baca ini juga:

Sabtu, 6 Jun 2015

Tips Terapi Jiwa Sendiri

Jun 2015 - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniJun 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Terapi Jiwa Sendiri
Link : Tips Terapi Jiwa Sendiri

Baca juga


Jun 2015

Terdapat individu yang kelihatan normal secara luaran. Namun hakikatnya di dalam jiwanya terasa sunyi dan sedih. Paling kritikal apabila dia mendengar suara halus yang menyuruhnya melakukan sesuatu di luar batasan seperti mencederakan diri sendiri.


Tips Terapi Jiwa Sendiri
Tips Terapi Jiwa Sendiri- Sumber gambar meditationtoday.com.au
Individu begini suka memendam masalahnya sendirian yang akhirnya mungkin akan menyebabkan dia menjadi ‘gila’. Beberapa tips untuk terapi jiwa yang boleh dilakukan sendiri adalah seperti berikut:


Sentiasa positif untuk terapi jiwa

Jika hendak tenang, anda perlu mencari suasana yang tenang. Salah satu caranya adalah dengan berdampingan dengan perkara positif dan individu yang positif. Misalnya lakukan solat berjemaah di masjid atau mendengar ceramah agama.


Kongsi masalah untuk terapi jiwa

Jika anda mempunyai masalah, usah dipendamkan dalam hati. Berkongsilah masalah dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga atau kaunselor. Pasti anda akan berasa tenang selepas meluahkan.


Beribadah untuk terapi jiwa

Isi masa sunyi anda dengan membaca ayat suci al-quran dan berzikir menyebut nama Allah SWT. Banyakkan melakukan solat sunat dan berdoa kepada Allah SWT agar terus diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup.


Elak berkhayal untuk terapi jiwa

Sibukkan diri melakukan aktiviti berfaedah seperti bersukan bersama kawan atau melakukan hobi disukai bagi mengelakkan berkhayal. Ketika berkhayal syaitan akan menghasut anda melakukan sesuatu yang tidak baik.


Rasa bersyukur untuk terapi jiwa

Percaya bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Lihatlah terdapat individu lain yang mempunyai masalah yang lebih serius berbanding diri anda. Pasti anda rasa bersyukur kerana masalah anda lebih kecil berbandingnya.


Oleh itu, usah biarkan kesunyian jiwa anda diisi dengan sesuatu yang melalaikan dan melakukan maksiat. Kerana keseronokan itu hanyalah sementara dan pasti akan menambahkan lagi kegusaran di jiwa anda.