Tajuk : Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins
Link : Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins
2014
Diet Atkins adalah corak pemakanan yang melebihkan protein berbanding karbohidrat. Ianya telah diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Pada hari ini saya akan kongsikan berkenaan tips kuruskan badan dengan diet Atkins.
Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins - Sumber gambar amando.it |
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai tips kuruskan badan tanpa ubat. Melalui kaedah diet atkins, berat badan seseorang dikurangkan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak. Terdapat empat peringkat utama diet Atkins seperti berikut:
1. Peringkat 1 : Induction (permulaan dan pengenalan)
Peringkat terpenting kerana asas kepada perubahan corak pemakanan. Seeloknya peringkat ini dipraktikkan selama 2 minggu atau lebih iaitu bergantung kepada kesihatan dan berat badan seseorang.
Makanan yang perlu dielakkan ketika peringkat induction diet Atkins adalah seperti berikut:
- Nasi, mihun, mi, laksa, spagetti, kuew tiau dan yang sama jenis dengannya.
- Roti (roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastri) dan apa saja jenis roti.
- Gula (gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula) dan apa saja makanan bergula.
- Buah-buahan.
- Minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas, minuman isotonik.
- Snek seperti biskut manis, keropok, popcorn dan jeruk manis.
- Kacang.
- Makanan terproses seperti bebola ikan, kentang goreng, nugget, sosej.
- Makanan bertepung seperti biskut, kek, kuih-muih.
- Produk tenusu seperti yogurt, susu, dadih.
Pada peringkat induction diet Atkins, anda perlu makan iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (sebelum jam 9 malam). Anda boleh makan seperti berikut (pastikan kurang daripada 20 gram karbohidrat setiap hari):
- Ayam atau ikan atau daging atau udang - bakar, panggang, sup, kukus, goreng tanpa tepung (Elakkan sotong kerana karbohidratnya tinggi).
- Sayur - Sayur hijau (sawi, bayam, salad, timun). Kurangkan lobak merah. Elakkan kentang.
- Keju - Cheddar, mozarella, parmesan. Had dua hingga tiga keping sehari.
- Air kosong atau air mineral - minum lapan gelas atau lebih setiap hari.
- Makanan tambahan dan vitamin - spirullina dan multivitamin
Berikut adalah contoh menu peringkat induction diet Atkins untuk makan sehari:
- Sarapan Pagi: 1 biji telur rebus (0.6 gram karbohidrat); 3 kepingan ayam (0.0 gram karbohidrat); 2 gelas air suam (0.0 gram karbohidrat); 2 keping keju (1.0 gram karbohidrat)
- Makan Tengahari / Malam: 2 keping ikan panggang (0.0 gram karbohidrat); 1 mangkuk sup ayam (0.5 - 1.0 gram karbohidrat); 2 ketul ayam goreng (1.0 gram karbohidrat); 1 mangkuk sayur-sayuran hijau (1.0 - 3.0 gram karbohidrat); 2 biji telur goreng (1.5 gram karbohidrat)
2. Peringkat 2 : Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
Pada peringkat Ongoing Weight Loss diet Atkins, makanan berkarbohidrat diperkenalkan secara berperingkat iaitu daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (namun perlu mengikut had toleransi karbohidrat*).
* Had toleransi karbohidrat - jumlah karbohidrat tertinggi sehari dalam gram badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan Jika metabolisma rendah hanya 24 gram sehari. .
Anda perlu makan mengikut waktu seperti biasa peringkat Ongoing Weight Loss diet Atkins iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (sebelum jam 9 malam). Contoh menu adalah seperti berikut:
- Sarapan Pagi: 1 biji telur (rebus, atau goreng) tambah kicap masin atau mayonis atau makan begitu sahaja (0.6-1.0 gram karbohidrat); 2 keping roti Gardenia Breaktru Wholemeal (10.1 gram karbohidrat); sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau minyak zaitun sahaja (0.5 gram karbohidrat).
- Makan Tengahari/Malam: Ikan atau ayam panggang/sup/kukus/goreng tanpa tepung (0.0 gram karbohidrat); sayur bayam/sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, atau tak bercampur bahan berkarbohidrat (0.2 - 1.0 gram karbohidrat). Elak kentang, kurangkan lobak merah dan lebihkan sayur hijau.
- Snek: 1 keping keju Cheddar atau 2 keping tauhu sumbat (isikan taugeh dan timun sahaja)
- Minuman: Air biasa atau Teh hijau / teh herba tanpa gula
3. Peringkat 3 : Pre-maintenance
4. Peringkat 4 : Lifetime Maintenance
Selain itu tingkatkan kecergasan badan anda dengan melakukan aktiviti senaman secara berkala. Semoga perkongsian mengenai tips kuruskan badan dengan diet Atkins ini bermanfaat untuk anda amalkan.