Tajuk : Tips Memilih Makanan dalam Tin
Link : Tips Memilih Makanan dalam Tin
Februari 2015
Kesibukan kerja mungkin menghadkan waktu untuk memasak makanan segar. Makanan dalam tin adalah salah satu alternatif yang cepat dan mudah disediakan. Kali ini dikongsikan berkenaan tips memilih makanan dalam tin.
Tips Memilih Makanan dalam Tin - Sumber gambar hythecricketandsquash.club |
Sebelum ini dikongsikan berkenaan tips membeli makanan sihat dalam artikel yang lalu. Berikut adalah tips memilih makanan dalam tin sebagai panduan asas:
1. Tips memilih makanan dalam tin - Lihat label
Periksa label pada makanan dalam tin. Lihat samaada ianya mendapat pengesahan halal dan pengesahan ianya selamat dimakan. Lihat juga kandungan bahan-bahan dan tarikh luput produk.
2. Tips memilih makanan dalam tin - Keadaan tin
Pastikan keadaan luar tin sempurna dan tiada kecacatan samaada kemek, berlubang atau berkarat.
3. Tips memilih makanan dalam tin - Makan segera
Sebaiknya makan makanan dalam tin dengan segera selepas ianya dibuka. Elakkan menyimpan lebihan makanan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada lain waktu kerana kualitinya merosot.
4. Tips memilih makanan dalam tin - Tambah khasiat
Bagi menambah khasiat makanan dalam tin, tambahkan sayur-sayuran atau buah-buahan segar sebelum ianya sedia untuk dimakan.
5. Tips memilih makanan dalam tin - Hadkan pengambilan
Kurangkan makan makanan dalam tin dengan menghadkan pengambilannya. Jika diambil secara kerap pasti akan membahayakan kesihatan anda dalam jangka masa panjang.
Diharapkan perkongsian berkenaan tips memilih makanan dalam tin ini bermanfaat untuk anda. Seeloknya pilih makanan yang segar untuk dimasak atau dimakan kerana nutrisinya lebih tinggi dan baik untuk kesihatan anda.